Soumaoro Kanté (atau
Sumanguru Kanté) merupakan raja kepada rakyat
Sosso pada abad ke-13. Setelah menakluki
Koumbi Saleh, ibu kota kepada bekas
Empayar Ghana yang baru jatuh, Soumaoro Kanté terus menjajah beberapa negeri jiran, termasuklah
bangsa Mandinka yang kini dinamakan
Mali. Tetapi, putera Mandinka,
Sundiata Keita mengasaskan kerajaan bercampuran terdiri daripada beberapa kerajaan kecil untuk menentang Soumaoro dalam
Pertempuran Kirina (c. 1235.
[1]), mengalahkan bangsa Sosso dan menyebabkan
Empayar Mali baru Sundiata berkuasa di kawasan tersebut.
[2]Soumaoro Kanté dikisahkan sebagai seorang raja sihir durjana dalam epik kebangsaan Mali,
Epik Sundiata. Setelah kekalahannya di Kirina, beliau melarikan diri ke pergunungan
Koulikoro, di mana beliau "hilang" selepas diserang dengan satu-satunya senjata yang beliau dapat dicederakan dengan - sebatang anak panah dengan jambul ayam jantan putih. Dalam
Epic of Sundiata, Soumaoro Kanté dinyatakan mempunyai sepapan
balafon (sejenis xilofon Afrika) dengan ilmu sakti, yang dicuri oleh
djeliSundiata Keita,
Balafasseke Kouyate, dan dibawa ke
orang Mande.
[3] Inilah asal-usul tradisi djeli Mande bermain
balafon. Balafon Soumaoro Kanté dikatakan disimpan oleh
keluarga Kouyate sehingga hari ini di perkampungan
Niagassola di
Guinea.